Saturday, 17 December 2011

Pembiakan Ikan Laga #7

Anak Ikan laga yang berumur 2 bulan ke atas dipindahkan ke dalam bekas takungan yang berasingan untuk mengelakkan dari anak ikan yang baru menetas dimakan oleh anak ikan yang lebih besar dan memudahkan pembahagian makanan.

Pembiakan Ikan Laga #6

Induk Jantan Platinum Red Dragon HMPK
Pada 2 Disember 2011, anak ikan laga jenis Platinum Red Dragon HMPK telah menetas dan dimasukkan ke dalam tangki fiber khas untuk anak ikan berumur 2 bulan ke bawah. Anak ikan yang berumur 10 hari ke bawah memerlukan kedalaman air kurang dari 2 inci supaya ia mampu untuk berenang ke permukaan.

Friday, 4 November 2011

Pembiakan Ikan Laga #5

Ini adalah antara anak  ikan laga yang menetas pada awal September, 2011. Di dalam gambar adalah hasil dari induk jantan Super Red HMPK dan induk betina Black Cooper HMPK.

Tuesday, 1 November 2011

Pembiakan Ikan Laga #4

Sukar untuk memastikan survival anak-anak ikan laga dalam akuarium 2' x 1'. Hampir kesemua anak ikan yang baru menetas tidak dapat hidup dalam kualiti air yang sukar dikawal dan tanpa tumbuhan air yang subur. 

Aku menukar taktik kali ini dengan menggunakan tangki plastik 3' x 2' yang diletak di kawasan terbuka. Air yang digunakan ialah 100% air hujan dan jika hujan turun, air akan melimpah keluar melalui penapis dengan sendirinya. Pemerhatian selama 10 hari menunjukkan peratusan hidup anak ikan adalah sangat baik.     


Wednesday, 26 October 2011

Pembiakan Ikan Laga #3

Semua anak ikan yang berumur 1 hari dipindahkan ke dalam tangki 2 kaki. Keadaan anak ikan laga pada dua minggu pertama adalah stabil. Selepas penukaran air sebanyak 60%, anak ikan berumur 2 minggu ke bawah telah mati sebanyak 80% dari jumlah keseluruhan. Ini berkemungkinan disebabkan ekstrak daun ketapang yang tidak dikeluarkan urat tengah atau kejutan penukaran air pada anak ikan atau kedua-duanya sekali. 

Monday, 26 September 2011

Pembiakan Ikan Laga #2

Semua anak ikan yang berumur 1 hari dipindahkan ke dalam tangki 2 kaki. Keadaan anak ikan laga pada dua minggu pertama adalah stabil. Selepas penukaran air sebanyak 60%, anak ikan berumur 2 minggu ke bawah telah mati sebanyak 80% dari jumlah keseluruhan. Ini berkemungkinan disebabkan ekstrak daun ketapang yang tidak dikeluarkan urat tengah atau kejutan penukaran air pada anak ikan atau kedua-duanya sekali. 

Friday, 16 September 2011

Trend Jenis Ikan Laga Diminati 2004-2011

Sehingga pada hari ini, ramai peminat ikan laga masih meminati jenis ikan laga bersisik naga atau dragon scales. Ikan laga bersisik naga dianggap antara yang tercantik dan paling dikehendaki peminat ikan hiasan. Ikan laga bersisik naga versi pertama telah dihasilkan oleh Mr. Tea dari Thailand pada tahun 2004.


Aku mempunyai 5 ekor induk ikan laga jantan dan 7 ekor induk ikan laga betina bersisik naga. Antara yang paling aku minati ialah Full Copper Dragon HMPK, Green Mask Red Dragon HMPK, Green Mask Red Dragon CT dan Green Mask Red Dragon HM.

Pembiakan Ikan Laga #1



Sehingga 17 September 2011, aku memiliki 34 ekor induk ikan laga betina dan 14 induk ikan laga jantan yang dibeli pada harga diantara RM2.00 sehingga RM45.00. Kesemuanya dibeli pada bulan Ogos dan September 2011. Setakat ini, lebih 12 ekor induk betina telah berjaya dibiakkan pada bulan September 2011.


Kebanyakan anak ikan laga yang yang menetas pada bulan Ogos telah berkurang sebanyak 95% disebabkan program pemeliharaan dan persekitaraan yang tidak sesuai. Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian anak ikan laga: 

  • Air takungan anak ikan kurang dari 50 Liter: Air takungan yang terlalu sedikit adalah sukar untuk dikawal secara biologi dan mudah dicemari bakteria jahat dan fungi yang merbahaya. Akuarium kaca berukuran dua kaki panjang, satu kaki lebar dan satu kaki tinggi sudah mencukupi.
  • Kedalaman air kurang dari satu kaki: Kedalaman yang terlalu cetek boleh menyebabkan anak ikan yang berenang terlalu hampir dengan permukaan bawah yang banyak pencemaran. 
  • Tiada tumbuhan air atau air hijau: Tumbuhan air atau air hijau sangat penting sebagai sumber makanan anak ikan yang baru menetas (hari ke-5 sehingga hari ke-9 selepas menetas). Anak ikan tidak memakan tumbuhan tersebut, tetapi infosuria yang terhasil dengan adanya tumbuhan dan alga yang mereput.    
  • Tiada makanan hidup yang sesuai: Makanan hidup adalah sangat penting setelah anak ikan berhenti memakan infosuria dan mencari makanan hidup yang bergerak yang lebih besar.  
  • Air tidak dirawat dengan pengawal fungi: Anak ikan laga yang berumur di bawah 10 hari amat mudah dijangkiti fungi yang merbahaya.