Sehingga 17 September 2011, aku memiliki 34 ekor induk ikan laga betina dan 14 induk ikan laga jantan yang dibeli pada harga diantara RM2.00 sehingga RM45.00. Kesemuanya dibeli pada bulan Ogos dan September 2011. Setakat ini, lebih 12 ekor induk betina telah berjaya dibiakkan pada bulan September 2011.
Kebanyakan anak ikan laga yang yang menetas pada bulan Ogos telah berkurang sebanyak 95% disebabkan program pemeliharaan dan persekitaraan yang tidak sesuai. Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian anak ikan laga:
- Air takungan anak ikan kurang dari 50 Liter: Air takungan yang terlalu sedikit adalah sukar untuk dikawal secara biologi dan mudah dicemari bakteria jahat dan fungi yang merbahaya. Akuarium kaca berukuran dua kaki panjang, satu kaki lebar dan satu kaki tinggi sudah mencukupi.
- Kedalaman air kurang dari satu kaki: Kedalaman yang terlalu cetek boleh menyebabkan anak ikan yang berenang terlalu hampir dengan permukaan bawah yang banyak pencemaran.
- Tiada tumbuhan air atau air hijau: Tumbuhan air atau air hijau sangat penting sebagai sumber makanan anak ikan yang baru menetas (hari ke-5 sehingga hari ke-9 selepas menetas). Anak ikan tidak memakan tumbuhan tersebut, tetapi infosuria yang terhasil dengan adanya tumbuhan dan alga yang mereput.
- Tiada makanan hidup yang sesuai: Makanan hidup adalah sangat penting setelah anak ikan berhenti memakan infosuria dan mencari makanan hidup yang bergerak yang lebih besar.
- Air tidak dirawat dengan pengawal fungi: Anak ikan laga yang berumur di bawah 10 hari amat mudah dijangkiti fungi yang merbahaya.
No comments:
Post a Comment