Saturday, 17 December 2011

Pembiakan Ikan Laga #7

Anak Ikan laga yang berumur 2 bulan ke atas dipindahkan ke dalam bekas takungan yang berasingan untuk mengelakkan dari anak ikan yang baru menetas dimakan oleh anak ikan yang lebih besar dan memudahkan pembahagian makanan.

Pembiakan Ikan Laga #6

Induk Jantan Platinum Red Dragon HMPK
Pada 2 Disember 2011, anak ikan laga jenis Platinum Red Dragon HMPK telah menetas dan dimasukkan ke dalam tangki fiber khas untuk anak ikan berumur 2 bulan ke bawah. Anak ikan yang berumur 10 hari ke bawah memerlukan kedalaman air kurang dari 2 inci supaya ia mampu untuk berenang ke permukaan.

Friday, 4 November 2011

Pembiakan Ikan Laga #5

Ini adalah antara anak  ikan laga yang menetas pada awal September, 2011. Di dalam gambar adalah hasil dari induk jantan Super Red HMPK dan induk betina Black Cooper HMPK.

Tuesday, 1 November 2011

Pembiakan Ikan Laga #4

Sukar untuk memastikan survival anak-anak ikan laga dalam akuarium 2' x 1'. Hampir kesemua anak ikan yang baru menetas tidak dapat hidup dalam kualiti air yang sukar dikawal dan tanpa tumbuhan air yang subur. 

Aku menukar taktik kali ini dengan menggunakan tangki plastik 3' x 2' yang diletak di kawasan terbuka. Air yang digunakan ialah 100% air hujan dan jika hujan turun, air akan melimpah keluar melalui penapis dengan sendirinya. Pemerhatian selama 10 hari menunjukkan peratusan hidup anak ikan adalah sangat baik.     


Wednesday, 26 October 2011

Pembiakan Ikan Laga #3

Semua anak ikan yang berumur 1 hari dipindahkan ke dalam tangki 2 kaki. Keadaan anak ikan laga pada dua minggu pertama adalah stabil. Selepas penukaran air sebanyak 60%, anak ikan berumur 2 minggu ke bawah telah mati sebanyak 80% dari jumlah keseluruhan. Ini berkemungkinan disebabkan ekstrak daun ketapang yang tidak dikeluarkan urat tengah atau kejutan penukaran air pada anak ikan atau kedua-duanya sekali. 

Monday, 26 September 2011

Pembiakan Ikan Laga #2

Semua anak ikan yang berumur 1 hari dipindahkan ke dalam tangki 2 kaki. Keadaan anak ikan laga pada dua minggu pertama adalah stabil. Selepas penukaran air sebanyak 60%, anak ikan berumur 2 minggu ke bawah telah mati sebanyak 80% dari jumlah keseluruhan. Ini berkemungkinan disebabkan ekstrak daun ketapang yang tidak dikeluarkan urat tengah atau kejutan penukaran air pada anak ikan atau kedua-duanya sekali. 

Friday, 16 September 2011

Trend Jenis Ikan Laga Diminati 2004-2011

Sehingga pada hari ini, ramai peminat ikan laga masih meminati jenis ikan laga bersisik naga atau dragon scales. Ikan laga bersisik naga dianggap antara yang tercantik dan paling dikehendaki peminat ikan hiasan. Ikan laga bersisik naga versi pertama telah dihasilkan oleh Mr. Tea dari Thailand pada tahun 2004.


Aku mempunyai 5 ekor induk ikan laga jantan dan 7 ekor induk ikan laga betina bersisik naga. Antara yang paling aku minati ialah Full Copper Dragon HMPK, Green Mask Red Dragon HMPK, Green Mask Red Dragon CT dan Green Mask Red Dragon HM.